UNTUKMU WIRAKU | PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN

UNTUKMU WIRAKU | PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN

Rahman Syah Rappeng

3 года назад

335 Просмотров

MENARA Kuala Lumpur membuat promosi bersempena menghargai jasa-jasa petugas barisan hadapan yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini (17 Ogos 2020) adalah hadiah buat petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan demi mengatasi pandemik Covid-19.

Petugas barisan hadapan daripada pelbagai pangkat dan masih bertugas layak mendapatkan tawaran percuma ini dengan hanya menunjukkan dokumen kerja sah ketika pembelian tiket di kaunter Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar.

Manakala pengiring pertama dan kedua dikenakan bayaran RM10 setiap seorang dan pengiring ketiga serta seterusnya dikenakan bayaran diskaun 50 peratus daripada harga asal RM71 dewasa dan RM36 kanak-kanak.

Pakej istimewa ini tidak mempunyai kuota terhad pengunjung selagi promosi berjalan bermula hari ini hingga 16 September ini.

Promosi ini dikhaskan untuk petugas barisan hadapan warga negara Malaysia yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

#FRONTLINER #ATM #PDRM #BOMBA #KKM

Тэги:

#Panglima_Angkatan_Tentera_Malaysia #PAT #CDF #Chief_Of_Defence_Forces #Tentera_Malaysia #ATM #Perajurit #Pegawai_Tentera #Angkatan_Tentera_Malaysia #Angkatan_tentera_malaysia #GGK #Pasukan_Khas #PASKAL #PASKAU #RGK #Tentera_Darat #Tentera_Laut #Tentera_Udara #Keupayaan_Tentera_Malaysia #kehebatan_Tentera_Malaysia #Malaysian_Armed_Forces #MAF #Sejarah_Penubuhan_Tentera_Malaysia #Darat #Laut #Udara #Army #Navy #Airforce #UPNM #Perutusan #Tahun_Baru #2020 #KLTower #UntukmuWiraku #Frontliner #PDRM #KKM
Ссылки и html тэги не поддерживаются


Комментарии: